Wednesday 6 December 2017

10 GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR (TEMA BUAH-BUAHAN)

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :
1. surat khabar
2. gam
3. water colour
4. tisu













ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Perkembangan teknologi berkembang dengan begitu pesat era globalisasi kini. Justeru, para guru perlu meningkatkan lagi pengetahuan mereka seiring dengan peningkatan tersebut. Hal ini menyebabkan guru yang kurang berkemahiran perlu lebih banyak mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan ICT. Tambahan pula, di sekolah terdapat ramai guru yang sudah berusia yang mana boleh dikatakan sebagai “buta IT” dan sukar bagi mereka menyahut seruan KPM untuk mengaplikasi penggunaan ICT ini di dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Para guru perlu berdepan dengan transformasi pendidikan ini dek kerana kanak-kanak era ini lebih cenderung kepada teknologi. guru juga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini.

Oleh itu, antara cadangan yang boleh dikemukan adalah dengan memperbanyakkan kursus-kursus kepada para guru mengenai penggunaan Frog VLE. Hal ini kerana, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mempelajari cara menggunakan aplikasi ini dek kerana beban tugas guru semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, dengan adanya kursus para guru ini dapat mengecualikan diri dalam beberapa jam untuk sepenuhnya mempelajari penggunaan Frog VLE ini. Para pentadbiran sekolah perlu memainkan peranan yang penting agar membantu para guru yang kurang berkemahiran ini untuk mempelajari cara penggunaannya. Pihak pentadbiran boleh memohon kepada PPD untuk mengadakan kursus penggunaan Frog VLE khas kepada para guru.

Selain itu, guru itu sendiri perlu menggunakan medium Frog VLE ini sebagai platform pembelajaran. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan pembelajaran kolaboratif yang mana guru mengadakan satu perbincangan secara atas talian (bilik darjah maya). Pelajar hanya perlu menjawab soalan perbincangan yang dikemukan secara atas talian dan pelajar boleh mencari maklumat perbincangan juga menggunakan maya. Hal ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka menggunakan internet dan komputer. Pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang ICT juga pasti akan lebih seronok untuk belajar dan mampu membantu rakan-rakanya yang kurang kemahiran dalam penggunaan ICT. KPM sendiri menekankan pembelajaran abad ke-21 di dalam bilik darjah. Dan kaedah ini merupakan salah satu daripada pembelajaran abad ke-21.

Seterusnya, cadangan lain bagi meningkatkan penggunaan medium ICT khususnya Frog VLE ini di sekolah adalah dengan menaik taraf jalur lebar di sekolah-sekolah luar bandar. Bukan hanya di pedalaman sabah sarawak sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi sekolah-sekolah di pedalaman semenanjung juga menghadapi masalah ini. Kerajaan perlu mencari satu inisiatif yang baru agar pendidikan anak-anak pedalaman ini tidak jauh ketinggalan dengan pendidikan sekarang. Terdapat guru yang berkemahiran dalam penggunaan ICT tetapi apabila berkhidmat di sekolah pedalaman guru ini tidak boleh membantu pelajar untuk mengeksplotasi medium ICT ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menambahbaik corak pendidikan abad ke-21 di sekolah pedalaman.

Pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kemudahan ICT di sekolah-sekolah pedalaman. Seperti yang kita semua sedia maklum, sekolah-sekolah di kawasan pedalaman agak kurang berkembang dari segi kemudahan pendidikan. Di mana, masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan komputer. Oleh itu, kerajaan dan KPM perlu mencari satu inisiatif bagi membantu para guru di sekolah pedalam mendapatkan kemudahan komputer. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kemudahan ICT tidak perlu disediakan di sekolah pedalaman kerana pelajar sekolah pedalaman majoritinya “buta IT”. Kenyataan itu seharusnya tidak berlaku kerana, pendidikan bukan mengira tahap, pangkat, agama dan budaya semata-mata. Pendidikan wajib diberikan kepada semua golongan sama ada susah mahupun senang. Tiada istilah “buta IT” jika masih terdapat sekolah yang tiada kemudahan ICT ini. Para pelajar di sekolah-sekolah pedalaman juga berhak untuk mendapatkan pendidikan selari dengan sekolah-sekolah bandar. 

Dengan adanya pendidikan berteraskan teknologi ini, sudah pasti pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan guru juga akan lebih mudah untuk mengawal mereka. 

Tuesday 5 December 2017

10 LINK YOUTUBE BERKAITAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG (PENDIDIKAN KHAS)

Tajuk : Visual Learners: Special Education and Technology

Video ini menceritakan teknik yang digunakan untuk pelajar berkeperluan khas iaitu dengan menggunakan teknik visual. di mana terdapat pelbagai gambar di dalam tablet untuk memudahkan pelajar menggambarkan objek tersebut.


Tajuk : 5 Technologies That Will Change Classroom Education

 

Video ini menjelaskan lima jenis teknologi yang digunakan di dalam bilik darjah bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh teknologi yang digunakan ialah, mesin pencetak 3D, virtual reality, cloud technologies dan sebagainya.


Tajuk : Revolutionary tech could give sight to the blind
Video ini menunjukkan satu alat yang dihasilkan untuk kegunaan golongan yang mengalami masalah penglihatan. Di mana alat ini boleh membantu golongan ini untuk melihat sesuatu objek seolah-olah ianya nyata. Alat ini boleh dibesarkan apabila kita melihat objek yang jauh dan boleh melihat sesuatu benda dengan lebih terperinci.

Tajuk : Expected future for the Deaf
Video ini merupakan satu video yang terdapat satu teknologi yang canggih untuk penggunaan golongan yang mengalami masalah pendengaran. Tekologi yang ditunjukkan merupakan satu teknologi yang diperbuat daripada gelas elektronik dan seseorang itu boleh melihat sesuatu daripada gelas elektronik itu dengan jelas dan tidak memerlukan bunyi. Contohnya melihat video.

Tajuk : C-Pen Exam Reader
Video ini menjelaskan berkaitan satu pen elektronik yang canggih di mana, kita hanya perlu memilih bahagian soalan yang kita ingin tahu dan perlu menekan butang untuk imbas dan kemudian maklumat itu akan disimpan dan seterusnya, jawapan atau penerangan kepada soalan itu akan diberikan. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk mengetahui sesuatu maklumat dengan lebih cepat.

Tajuk : Teknologi Pendidikan di Masa Depan
Video ini menunjukkan satu perubahan di dalam sistem pendidikan di mana pelbagai kemudahan teknologi digunakan di sekolah. Di mana pelajar tidak perlu lagi untuk membawa buku yang banyak ke sekolah. Pelajar hanya perlu membawa tablet yang tersendiri.

Tajuk : Deaf school revolutionises teaching with iPad learning programme
Video ini menunjukkan penggunaan iPad di sekolah masalah pendengaran. Pelajar hanya belajar dengan menggunakan kemudahan dan kecanggihan teknologi iPad. Jadi tiada alasan lagi untuk pelajar tipikal dan pelajar yang berkeperluan khas belajar sejajar dengan sistem pendidikan yang sama.

Tajuk : Special Educational Needs: Working with children on physical activities
Video ini menunjukkan kaedah yang digunakan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas untuk mempelajari sukan dan subjek yang menggunakan fizikal. Di mana mereka didedahkan dengan aktiviti fizikal yang moden. Guru telah menyediakan teknologi yang mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar.

Tajuk : SMART Table 442i
Smart table merupakan satu meja yang canggih di mana meja tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain daripada tempat untuk menulis, meletakkan makanan atau minuman, smart table ini boleh membantu pelajar atau pengguna untuk belajar atau membuat perbincangan di mana meja ini boleh disentuh dan ditulis.

Tajuk : e-Classroom: The Future of Education

Video ini menunjukkan suasana bilik darjah yang lengkap dengan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

10 GAMBAR TEKNOLOGI INOVASI DALAM PENDIDIKAN



1. NAPKIN PC


Napkin pc ialah salah sebuah alatan teknologi yang di ambil ideanya daripada sehelai kain sapu tangan. Napkin pc ini mempunyai satu pen khas yang tersendiri. Satu pen hanya mampu untuk digunakan oleh satu napkin pc sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan menjamin keselamatan kepada pengguna. Antara kelebihan napkin pc ini kepada pengguna ialah, mampu untuk menggantikan mesin pencetak. Hal ini dapat menjimatkan lagi penggunaan kertas. Napkin pc ini jugak boleh digulung dan dilipat. Ianya dapat memudahkan lagi pengguna untuk memyimpan dan membawanya. Napkin pc ini juga sesuai digunakan ketika mengadakan mesyuarat, perbincangan, membuat jalan kerja dan sebagainya. Bagi skop pendidikan pula, napkin pc ini mampu untuk menggantikan buku latihan. Dengan adanya napkin pc ini, pelajar tidak perlu untuk membawa buku-buku latihan yang banyak kerana napkin pc ini lebih ringan dan mudah dibawa. Selain itu, pelajar juga boleh tulis segala idea yang terlintas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam napkin pc dan hanya pelajar tersebut sahaja boleh melihat semula idea-idea yang di tuliskan. 

2. HOLOGRAM


Hologram adalah sebuah teknologi grafik yang dibuat dengan menggunakan sinar laser dan mampu membuat gambar tiga dimensi (3D). Hologram ini juga, mampu untuk mengirimkan dan menghadirkan sesuatu benda atau manusia tanpa perlu didatangkan secara langsung. Ianya juga mampu untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah untuk menghadirkan diri di sesuatu majlis, atau tempat. Dalam skop pendidikan pula, hologram ini berpotensi untuk memberikan pendidikan secara ‘home school’ kerana pelajar hanya berada di rumah tetapi dalam melihat gurunya sedang mengajar secara langsung dan jelas. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan guru tersebut secara bersemuka seolah-olah guru itu berada di hadapan mata. Ibu bapa juga boleh menjimatkan kos pengangkutan untuk menghantar anak ke sekolah. Seperti yang kita tahu, terdapat ibu bapa yang sanggup memandu untuk perjalanan yang jauh semata-mata untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih berprestej, mempunyai kemudahan yang lengkap dan mempunyai guru-guru yang cemerlang

3. SMARTPHONE FOR ATHELETS 



Smartphone ini merupakan salah sebuah smartphone yang mampu untuk melekat di baju, seluar mahupun dinding. Konsep “phone on the clip” merupakan konsep utama penghasilan telefon pintar ini. Telefon pintar ini, terdapat klip di belakangnya yang mampu untuk melekat pada poket, baju, koler dan seluar. Ianya juga dihasilkan untuk kemudahan orang yang bersukan. Hal ini kerana, ianya boleh diletakkan di mana-mana kawasan di badan kita. Ia juga mampu untuk bertahan dengan kuat di badan kita. Ini secara tidak langsung membantu para atelit menggunakannya ketika bermain bola sepak, berlari, berjogging dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan pula, telefon pintar ini berpotensi membantu para atelit untuk mendapatkan informasi kecemasan walaupun sedang berjogging atau membuat latihan.


4.   INCREDIBLE COMPUTER DESK 


Incredible computer desk ini berbentuk melengkung dan ianya boleh di sentuh di setiap bahagian meja tersebut. Meja ini juga mempunyai projektornya tersendiri. Meja ini sesuai digunakan oleh pelajar jurusan seni bina mahupun jurusan grafik. Dalam bidang pendidikan, meja ini mampu digunakan oleh pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mengeluarkan idea mereka dan kemudian hanya perlu membentangkan hasil kerja mereka kepada guru atau pensyarah walaupun berada di tempat duduk sendiri. Pelajar tidak perlu lagi untuk bangun dan menggunakan perisian yang lain untuk membentangkan hasil kerja. Dengan adanya meja ini juga, pelajar boleh membetulkan kesalahan yang ditegur secara langsung.



5.SMART KITCHEN 


Smart kitchen ini merupakan sebuah meja yang mempunyai pelbagai fungsi terutamanya untuk kegunaan memasak. Terdapat sebuah peti ais, microwave, sinki, dan dapur. Peti ais yang terdapat pada smart kitchen ini mampu untuk menyimpan barang selama tiga hari sahaja. Microwave yang terdapat pada smart kitchen ini pula mempunyai kod imbasannya yang tersendiri dan pengguna hanya perlu memilih mod yang bersesuaian untuk digunakan. Smart kitchen ini boleh digunakan oleh empat orang di dalam satu masa. Dan keunikkan smart kitchen ini juga ialah, ianya mempunyai sinki yang kecik di bahagian tepi meja yang mana memudahkan lagi pengguna. Di dalam skop pendidikan pula, smart kitchen ini mampu untuk membantu dan memberi kemudahan kepada pelajar yang mengambil jurusan kulrinari terutamnya. Dengan teknologi empat di dalam satu ini, pelajar akan lebih aktif dan seronok untuk belajar.

6.  AVES INKJET PRINTER


Aves inkjet printer ini merupakan sebuah mesin pencetak yang boleh dikecilkan saiznya dan ringan. Mesin pencetak ini boleh mencetak pelbagai jenis sumber dan kebiasaanya penulis novel akan menggunakan mesin pencetak ini bagi memudahkannya mencetak hasil karya mereka. Selain kecil dan ringan, mesin pencetak ini juga mampu mencetak sesuatu bahan dengan begitu pantas dan kemas. Cara penggunaan mesin pencetak ini ialah, kita hanya perlu menekan butang untuk menghidupkan kemudian mesin ini akan bergerak naik dengan sendiri dan apabila selesai menggunakannya kita hanya perlu menekan butang seperti semasa menghidupkan tadi dan mesin pencetak ini akan kembali bergerak turun. Dalam bidang pendidikan, mesin pencetak ini sesuai untuk digunakan oleh guru mahupun pelajar. Dengan kelebihannya yang mudah di bawa ke mana-mana, mesin ini juga mampu untuk menjimatkan kos untuk mencetak di luar.


7.  VIRTUAL GOGGLES 

Virtual goggles ini merupakan sebuah kaca mata yang mampu untuk melihat sesuatu objek seolah-olah ianya nyata. Kaca mata ini sesuai digunakan oleh orang yang gemar untuk bermain permainan video atau istilah lain “gamer”. Virtual goggles ini juga sesuai digunakan di dalam sistem pendidikan kerana, kita boleh memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas berkaitan sesuatu objek yang dipelajari. Hal ini dapat meningkatkan imaginasi dan pengetahuan pelajar. Selain di dalam kelas, kaca mata ini sesuai juga digunakan oleh pelajar ketika bersukan di padang. Misalnya, guru ingin menerangkan teknik untuk bermain bola sepak. Guru hanya memberikan kaca mata ini kepada pelajar dan pelajar akan melihat secara 3D keadaan padang dan kedudukan pihak lawan serta teknik yang perlu digunakan untuk kita bermain mengalahkan pihak lawan tersebut. Pelajar akan lebih produktif dan bersemangat untuk belajar.



8. CICRET BRACELET 

Cicret bracelet ini merupakan satu gelang yang kecil dan mempunyai pelbagai warna yang mampu untuk memancarkan cahaya yang berupaya untuk menjadi telefon pintar. Hanya dengan menggunakan laser ianya mampu mengeluarkan maklumat sama seperti telefon pintar biasa. Gelang ini boleh digunakan oleh semua jenis warna kulit tangan tidak kira sama ada cerah mahupun gelap. Di dalam skop pendidikan, gelang ini sangan berguna kepada para pelajar yang mengambil jurusan sukan. Kerana gelang ini mudah di bawa dan tidak menggangu pelajar semasa bersukan. Sekiranya terdapat maklumat yang ingin digunakan semasa di padang, pelajar hanya tekan pada butang hidupkan dan pelajar boleh mencari maklumat seperti biasa. Gelang ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang ringkas dan bergaya.


9.   I WATCH 
I watch merupakan sebuah jam yang mampu untuk digulungkan di tangan pengguna. I watch ini diciptakan dalam keadaan yang sangat nipis untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Kelebihan I watch ini selain berfungsi sebagai jam ialah, ianya juga merupakan sebuah telefon pintar di mana kita boleh menggunakannya untuk membuat panggil, mengambil gambar, dan sebagainya. I watch ini jugak diciptakan dengan keadaan yang sangat fleksible untuk memberi kemudahan untuk pengguna menggayakannya. Dalam skop pendidikan, jam ini berpotensi untuk memberi kemudahan kepada pelajar jurusan sukan. Selain boleh digulungkan di tangan, ianya juga boleh di gunakan untuk mencari maklumat.


10. CAR ERINGO 
Car eringo merupakan sebuah kenderaan yang berbentuk bulat dan mempunyai dua stereng. Kereta ini dihasilkan melalui konsep ‘bike with a roof’. Di mana konsep ini jika digulingkan ianya akan bergerak dengan pantas dan terlindung. Kenderaan ini mempunyai tiga tayar yang sangat kuat dan mempunyai ‘gyroscope’ yang berpotensi untuk menstabilkan kereta ketika ianya bergerak. Semasa stereng pertama di hidupkan, stereng kedua automatik akan terhenti kerana ketika dihidupkan, stereng kedua berfungsi hanya untuk mengawal kenderaan ketika membelok. Di dalam pendidikan, kenderaan ini berupaya membantu pelajar untuk menjimatkan tenaga dan masa. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang perlu berlari-lari untuk mengejar bas setiap pagi ke kelas dan hakikatnya akan lewat untuk ke kelas. Oleh itu, kenderaan ini boleh membantu mempercepatkan proses untuk menghadiri kelas.